Thursday 10 July 2014

pre order Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Segala puji keatas-Nya

Its been a while since the last time we update our blog. So sorry for the business, biasalah students' life! :3

Sebelum apa apa marilah kita sama sama memanjat doa kepada Allah swt smoga diberi limpah kurniaNya keatas saudara kita di Palestin. Semoga kemenangan milik mereka, soon. Amin 💞

....................................................................................

So sekarang ni, sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, kami buka untuk sape sape yg nk order tudung bawal plain bidang besar, bidang 55 ni. Pelbagai color ada, pilih je.



Harga tetap lg sama mcm biasa, RM12 sehelai. Mcm biasa jugak, harga boleh dirunding 😁 Berminat? Boleh wassap nombor tertera yer dearies. :)


Happy choosing and Salam Ramadhan 👋

Tuesday 22 April 2014

Last colours for last batch

بسم الله الرحمن الرحيم

Hai hai semua. Hari tu ramai duk cakap pening nak pilih kaler mane kan, so sekarang ni warna dah kurang. Sekarang hanya tinggal 9 kaler je lagi sebelum restock . Jadi, kalian boleh la pilih tanpa pening kepala. :)


DarkPurple
HotRed
Black
Pink
GreyGreen
LightBlue
PeachPink
BlueBlack
Orange

Tudung bawal bidang 55 ni besar, menutup dada. Kan org perempuan ni mmg wajib menutup dada kita sbg salah satu syarat untuk menutup aurat ☺Tudung bawal bidang besar ni bkn sahaja boleh digayakan dgn style rama rama tu je, byk dah style style terkini yg hijabster kita tampilkan. Tapi kita sbg muslimah kena lah pandai pilih style mana yg sesuai untuk kita gayakan. Yang baik kita contohi.

So, its a wrap. 

Till we meet again . :)

Wednesday 16 April 2014

tutorial bawal -trend terkini .

Bismillahirrahmanirrahim..Jom try pakai style tudung bawal terbaru yet still cover our aurah. Kita ni, nk stylista pun bia ikot perintah Allah, inshaAllah 

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni (click sini) , here you go . Admin telah mengotakan janji utk buat tutorial tudung bawal trend terbaru yang masih hot u ols .  hehe . 

Ada yang bertanya, perlu ke pakai tudung macam ni ? Jawapan Admin, sebenarnya atas kita sendiri, nak gayakan tudung kita macam mn . ikut suka hati kita . asalkan kita ikut apa yg Allah suruh . barulah setiap apa yang kita lakukan di dunia ini diredhai Allah . 

Tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." [al-Ahzab:59]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[anNur :31]
kenapa Admin suka gayakan tudung macam ni ? 

1) CEPAT . selalunya kalau admin pakai style biasa , bentuk tudung dibahagian muka akan melambatkan Admin . sekali pakai tak jadi, gelembung bahagian dalam la, senget la , kene iron lagi skali . bukan Admin over, tapi Admin suka kekemasan , tak suka pakai serabai . dah tu, kene letak starch pulak nk kasi keras, senang nk bentuk sikit . kene beli starch pulak kan ? dan kalau ada org main terjahh ke rumah , Admin boleh capai tudung dan belit je .

2) SENANG NAK SOLAT . selalunya sbelum solat , mesti kene buang dulu tudung , sebab takut rosak kat bahagian muka . tapi sekarang tak lagi . lepas amik wuduk, Admin terus pakai tudung , belitbelit , then terus pakai kain telekung . selesai solat , Admin boleh buang telekung, lipat , then boleh keluar terus drpd surau utk meneruskan aktiviti Admin tanpa perlu buang masa utk pakai tudung . 

3) SELESA DAN SOPAN . even kita nk style, kita masih lagi sopan , dan menutup aurat . 

4) TAK PAYAH NAK IRON SANGAT sebab bila pakai tudung style mcm ni dah tak nampak kedutkedut dan tak perlu risau bahagian muka lagi dah . 


1) lipat tudung berbentuk segi empat tepat. Seeloknya tudung berbidang besar :)  
2) sebelah panjang dan sebelah pendek .
3) betulkan bahagian belakang ikut style masing masing .
4) tarik tudung sebelah yang panjang tu untuk dibawa naik ke atas .
5) sambilsambil tu betulkan kat bahagian bawah dagu . boleh tutup sedikit bahagian dagu .
6) kemudian pin kan bahagian atas tadi . Admin selalu guna jarum peniti biasa je . hehe
7 & 8 ) tadaa ! dah pun siap . see, labuh di hadapan dan juga di belakang . 


So girls, di sini Admin nak promote tudung bawal bidang 55" yang murah murah. Boleh lah ushar ushar di sini :) Sehelai tudung bawal tu RM12 je. Murah sangat sangat tuu :DDD


Stay tune :)




Tuesday 15 April 2014

Bawal Plain bidang 55 in various colors

Bismillahirrahmanirrahim . 



Hai hai hai u ols . kite ada jual Tudung Bawal Plain Bidang55 . Sape berkenan boleh komen kat bawah . atau nk lagi cepat , boleh contact terus ke no ni 014-5430674 (whatsap) 013-2715549(sms/call) . atau , boleh jugak PM fb kami ( Nurul Izzah & Azira Yaa ) .

"Alaa, tudung ni besar sgt , saya ni kecik je org nye . nt pakai stail ramarama , mesti nmpak tudung je yg bergerak ." 

Takpe takpe takpe , cik adik yang kecik molek still lagi boleh pakai tudung ni . try lah gaya yg berbeza . InsyaAllah, kami akan buat tutorial dalam entry yg lain. ^^


Material ; Bawal (digalakkan memakai inner neck. u know bawal's material well isn't it ? jom cover our aurah properly . barulah Allah sayang . kan ? ^^ )

Price; RM12/each (exclude postage) - nk jimat postage ? order lah banyakbanyak ^^


Colours ; hijau; pinkbelacan; lightpurple; redbrick; blueblack; pink; gold; 

purplebrown; peachpink; lightyellow; lightblue; black (other colour can be requested)


COD (cash-on-delivery) ; UiTM KB / area KB



Saturday 12 April 2014

gunting ribbons

Dengan ini saya merasmikan blog TUDUNG BAWAL PLAIN BIDANG 55 dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM (dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) ! yeay !  *claps. Mudahmudahan dengan jualan tudung ini , dapat menambahkan lagi rasa syukur kita pada Allah SWT kerana telah membuka satu lagi pintu rezeki kpd kita (apesal formal sangat ni . abaikan . haha )


may Allah ease .